Sunday, April 14, 2013

Hai Angels..

haloo sweet angels of mine...
sepertinya mommy dah lama tak update anakku sayang blog. hurmmm...busy dengan life begitulah. sometime ada satu tempoh yang lama mommy tak buka laptop langsung. setelah tamat pelajaran, mommy pun jarang-jarang dah menjinjing laptop.

anakku lolo kini dah punyai seorang adik. namanya babyOd. baby boy..pada hari mommy menaip ni entry, your brother is 6 month old meanwhile you, 2 year 3 month. Big gurl already lorr...and you grow healthy as well as your brother. Although both of you easily fallen sick. Mommy juga la yang setia bersengkang mata serta bersusah hati melihat keadaan kalian. Jangankan nak pejamkan mata walau sepicing pun ketika kalian kurang sihat...mommy acapkali terjaga, check suhu kalian. kasi ubat...and this little brother, big babyOd really-really pandai sudah tidak mau makan ubat. susah hati mommy.

oh ya...untuk pengetahuan anakku lolo...sekarang ni, anakku seorang yang active sesangat. selalu bikin mommy pusing kepala. ada-ada jer yang anakku lakukan yang bikin mommymu ini terjerit-jerit satu blok boleh dengar gitu. lagi satu...tahap kejelousan anakku sangat tinggi...apa yang adikmu pegang pasti direbut. phieww...

apapun...mommy sangat sayang awak berdua sehabis hati mommy.

Saturday, April 14, 2012

Look what have u done!!

hari ni mommy sangat geram dengan anakku. tengah hari tadi mommy bawa pegi makan kat restoran Vege after daycare session. mommy suapkan. hanya beberapa suapan jer yang ko telan. selebihnya ko muntahkan balik. bersepah kat lantai restoran tersebut. sabar je lah mommy. tak cukup dengan itu, nak gi kacau orang lain yang tengah makan. sepulangan dari restoran kita pulang dalam hujan. kat rumah pula...sepahkan barang kat dapur. keluarkan semua isi tisu. panjat meja kat dapur dan pegi gigit biji limau kasturi. lepas tu pegi keluarkan buku daddy ko dari almari dia. tak cukup dengan itu, keluarkan pakaian dalam almari dan sepahkan. mommy sabar jer...lastly, acara kemuncak, anakku boleh plak pegi bergayut pada cermin. padahal sebelum itu kita berdua sama-sama nak terlelap. mommy tak sedar anakku meluncur turun dari katil dan buat perangai cam gitu. mommy sangat terkejut. paling takut ko terluka dek kaca tersebut. apalagi mommy pukul dan jerit-jerit memarahimu. tah ko faham ke tak, mommy tak kisah...yang penting mommy nak tau ko yang mommy sangat-sangat marah. yang sebenarnya risau juga keselamatanmu. ko menangis dan menangis bila mommy memukul paha dan tanganmu serta menjentik telingamu. tapi still juga nak menuju ke arah cermin tadi. membuatkan mommy bertambah baran. ye lah...ko masih kecil lagi. apa ko faham,kan?? ko tak faham kerisauan mommy sekiranya ko terluka. ko tak faham kata-kata mommy yang melarangmu mendekati dan memegang cebisan cermin tersebut. actually mommy cuba bertahan dari awal perbuatanmu hari ni tadi..tapi, ini adalah kemuncak kemarahan mommy yang sudah tidak boleh mommy tahan. maafkan mommy..huhuhu.




after kena marah mommy, barulah anakku tertido. actually dalam hati mommy penuh kekesalan memarahimu. ya, kau belum mengerti lagi. Tanpa ko sedari, mommy mencium dirimu memohon kemaafan dan menyatakan bahawa mommy sangat menyayangimu meski semarah mana sekalipun mommy terhadapmu. bukan sebab mommy membencimu sayang. 

Thursday, April 12, 2012

love your smiles

haa... mommy suka tengok anakku tersenyum. so sweet..rujuk kepada gambar di bawah. anakku tersenyum riang ketika mengetahui mommy nak ambil gambar. lucu gak mommy...mommy tak payah suruh-suruh pun anakku tersenyum. tapi macam happy sangat plak anakku kat situ..yerdehhh. so sweet la you..mommy tak ready lagi, ko dah senyum2. cuteeee...

Serangga perosak

daddymu baru jer beli board untuk anakku menulis. dalam dua minggu lepas. suka la anakku..tapi...tak sampai dua hari dah rosak pula dikerjakan anakku. board tersebut diinjak-injak. board tu jugalah tempat anakku nak melompat-lompat. pelik-pelik...daddy selalu kata, anakku ini mempunyai kuasa binasa no. 2. kuasa binasa no. 1 ialah.....mommymu. tapi auntie Ynna mu pula memberi gelaran serangga perosak..sangat creative la kononnya tu,kan?? heee

Tekun menconteng pada awalnya..bila dah bosan, board ni kena pijak2 pula. hadeii...

demam panas

pada 10/4/2012 anakku jatuh sakit. haa..time ni kebetulan cuti. so, mommy tak hantar ko ke daycare. tapi, kebetulan pula anakku jatuh sakit. panas jer badan. risau mommy....sampai 11/4/2012. mommy letak ubat melalui buntut anakku, baru lah sejuk dan terus sihat. cuma sakit gigi jer lah kot. itu pun mommy agak-agak jer coz mommy pun tak tau apa yang anakku rasa ketika itu. ialah..meraung-raung seperti kesakitan walaupun badan dah tak panas lagi. nak gigit cadar lah..nak gigit bantal lah..so, mommy agak mesti gigi anakku nak tumbuh lagi kot. tiap kali anakku jatuh sakit, mommy pasti risau. sampaikan kekadang mommy marahkan daddy coz seolah-olah macam tak kisah walaupun sebenarnya dia kisah. cuma daddy cool jer...tak macam mommy, gelabah. and sometimes mommy menangis juga. huhu...terutama apabila mommy dah buntu dan tak tau cam mana nak mengurangkan kesakitan anakku. teruk,kan mommy ni? =(