Friday, September 30, 2011

Mirror-mirror on the wall...

My anak favourite...
Suka bermain-main dengan kaca. melihat bayangannya sendiri...tersenyum sorang-sorang. Maklumlah..takda kawan. Pandai juga menjeling mencari mommy menggunakan biasan kaca. notty.





Mirror-mirror on the wall...
who is the most beautiful baby in this world... hehe...


Wednesday, September 28, 2011

Lagak ngeri seorang bayi

anakku..
hai...mommy tak nak tanya, how are you?? pasal mommy yang check you fine ke tak setakat ini. Hari ni birthday mommy. mommy dah 33 years old dah ni. huhu...mommy makin tua dah. harap-harap sempat tengok anakku membesar dengan jayanya sehinggalah anakku ke ambang kebahagiaan pula. mommy wish mommy can see you jadi pengantin suatu ketika nanti. mommy wish nak tengok mommy punya cucu. haha..jauhnya mommy bermimpi,kan?? 

hari ni mommy letak anakku dalam kerusimu cam biasa. nonton baby sing along. tapi mood mu tak berapa baik kot. nangis-nangis-nangis. haha..tapi mommy buat tak kisah. mommy terkejut dengan tindakanmu. fuhh..lasak sungguh anakku ini. tak nak duduk, anakku throw body dari kerusi tersebut. nasib baik mommy dan daddy dah cabut kaki kerusi tu kasi pendek. Luckyly kaki anakku yang jatuh dulu. tangan dan kepala masih berpaut pada tebingan kerusi tersebut. nangisnya kejap jer.. wahh... on mommy birthday, anakku tunjukkan lagak ngeri kat mommy erkkk. bikin takutlah ko ni!!! 

Another discovery. Anakku suka gi mengopek-ngopek carpet. hadoi...habislah sipi-sipi carpet telah terangkat dan koyak ko kerjakan. suka sangat nak menghisap sipi-sipi carpet. entah apa la yang sedap sangat kat situ. Mentang-mentanglah mommy kurang bagi "nenen" dah kat anakku. tunjuk perasaan ker apa ni?. hee...ye lah, anakku dah mula menggigit puting mommy. sakit tau.. hisshiii...dah gigit, kemudian senyum pula. tunggu reaksi mommy. kalau mommy membalas senyuman itu, anakku buat lagi. kalau mommy marah, baru menghisap dengan baik. nakal gurl.

Apapun, setakat ini...anakku sihat. syukur Tuhan atas kesihatan badan yang dimiliki anakku.

Tuesday, September 27, 2011

Tak suka

anakku..
there's one thing about you mommy really dont like. mommy bengang tiap kali anakku berperangai cam gitu. mengantuk. patutnya tido,kan? tapi anaqku tak nak tido. nangis..nangis..nangis...masuk buaian. bangun. which is dangerous kalau anakqku terjatuh. kemudian baringkan. mommy sing. kasi nenen lagi.. lepas tu, bangun gi merayap. padahal mata tu dah kuyu. bila mommy dah bosan melayan karenah cam gini. mommy masukkan dalam coat jer. Perkara yang paling anaqku tak suka. pasti meraung-raung. learn your lesson. 

3.32pm :  now you in the coat. crying...shouting...malas mommy nak layan. sampai you penat, then only mommy take you out. nak tido pun susah. hishhh!! dari tadi mommy ikut rentak anaqku..dari jam 12 tengahari OK!! mommy malas nak layan dah... pakaian pun mommy half-half lipat. tak sempat nak iron pula....

geramnya.

Monday, September 26, 2011

Lolo Meet Dareez

Lolo sayang,
here mommy updatekan aktiviti kita last saturday. yayy...kita pergi beraya ke rumah kawan mommy yang terletak di kinrara. kesian,kan?? this is our first friend raya punya rumah terbuka yang kita pegi...bukan mommy or daddy takda kawan-kawan melayu. ada. tapi mereka tak jemput pegi ke rumah mereka.  oopss bukan first yer..that day kita pergi Rompin rumah kawan mommy, Auntie Tini. so, Dareez house is the second. haha...apapun, its a great time coz si kecik meet with mommy friends punya anak named Dareez. handsome little boy....lets see.

 you see...
rumah orang dah cam rumah sendiri ko jadikan. bak kata daddynya si Dareez. "Its show time!!" bila beliau membuka toys netting tu for you to play. haiya..tak tau malu owh anak aku ni. bersepah rumah orang lah. tapi luckyly daddy mu cepat-cepat collect dan simpan balik tu toys. you and Dareez tak adalah nak main sangat pun. si Dareez balik-balik minta dukung mak bapa dia...sama peel like you lah.

kita minta diri jam 8pm. we are the last visitors make moved. hehe...

Maafkan mommy

hai sayang...
hari ni  mommy sangat tension. mommy sibuk mencari date yang sesuai untuk membeli ticket penerbangan buat penjagamu. anakku pula menangis tak habis-habis. mommy tension bukan apa..nanti tumpuan mommy hilang, mommy tertekan bulan lain..tarikh lain...no. ic lain....dan banyak lagi yang penting untuk pembelian. karang kalau mommy buat silap, pasti kena boom daddymu. tu yang mommy bersungguh-sungguh menatap web airasia pagi ni.

anakku pula...semakin menjadi-jadi tangisan sampaikan mommy bengang. lalu mommy tertengkinglah kuat-kuat. anakku turut terkejut mendengar sound effect mommy yang bergema bagai halilintar membelah bumi. Tak cukup dengan itu, mommy tepis tangan anakku yang menarik seluar mommy kuat-kuat. mommy cuma nak settlekan pembelian jer..lepas tu mommy dukung.

maafkan mommy sayang kerena mommy gagal mengendalikan emosi mommy. mommy selalu tertekan kebelakangan ini. Kadang-kadang tak pasal-pasal anakku kena marah apabila mommy bengang atas satu-satu perkara. Mommy tak berniat pun...tapi mommy lempiaskan kemarahan mommy pada anakku. maafkan mommy sayang. please give mommy some times...please.

loves,
mommy.

Friday, September 23, 2011

Discovery

  • dah pandai  pilih orang yang disukai--->mommy la tu.
  • dah pandai tak nak masuk walker n baby seat. kaki nak kena kangkang mengelak mommy letakkan dia. 
  • dah pandai berhati-hati nak turun dari katil. nangis minta ambil....serik dah 2 kali jatuh agaknya. heee...
  • dah pandai menelek muka sendiri di cermin. senyum dan gelak pada refleksi diri sendiri.
  • dah pandai buat tangisan annoying. buka mulut besar-besar menangis. and the sound....alahai..sakit telinga mendengarnya.  kekadang tukar tune tangisan yang syahdu punya...alala...kesian la pula.
  • dah pandai tunjuk manja. letak kepala di bahu mommy atau sandarkan badan pada mommy apabila mommy berbaring.
  • dah pandai nak main air setiap kali mommy nak mandikan dia..dan tak nak kuar besen.
  • dah pandai perhatikan wajah mommy apabila nak buat sesuatu. tengok muka mommy dulu kalau-kalau mommy izinkan or marah kat dia. kalau mommy senyum, dia go on laju jer. kalau mommy say aiittt!! dia patah balik. tapi time semangat ingin tahu kuat, dia pergi jer..tak peduli. huhu...
  • dah pandai tarik-tarik seluar or baju mommy yang sedang ngadap lappy. minta perhatian untuk didudukkan di pangkuan mommy. bila mommy buat bodoh, dia nangis dan tarik kuat-kuat kain baju yang dipegangnya.
  • Dah faham erti simblol  tangan mommy yang nak ketik dia. mula la mata dia kelik-kelik cam lah mommy nak ketik dia.
  • dah pandai humming mengikut lagu sing along dia...menyanyi stlye baby gitu...
  • dah pandai response pada tv. boleh gelak geli hati tngok teletubies. sukanya dia..
  • dah pandai buat mulut ma ma ma ma tiap kali nampak mommy pegang pinggan dan cawan dia. tapi bila kasi makan, tak nak pula...tipu mommy jer..
  • paling besttt...dah pandai membalas senyuman mommy..heeee....heaven.

penatnya dia

semalam si kecik ke faculty mommy. kesian,kan penat. asyik menangis dalam kereta jer. mommy pun terasa penat gak. Hari ni anakku lambat bangun. ho yay!!! mommy can do mom's favorite thing. heee..hopefully next week dah ada orang boleh jaga anakku. taklah anakku ke sana ke mari mengikut mommy. Please be good girl k. jangan buli penjaga you plak lepas ni...

loves,
mommy.

Thursday, September 22, 2011

Canai Time

Hello sayang...
Hari mommy ketika mommy menulis ini, anakku berusia 8 bulan 2 hari. Pantasnya masa berlalu. Seperti baru semalam mommy melihat seorang bayi kecil yang baru lahir kini sudah mula belajar berdiri. hehe..tapi belum pandai berdiri lah masa ni. Still nak pegang benda untuk dijadikan tongkat. Kekadang tangan terlepas. maka terlentanglah anakku jadinya.

Semalam mommy meninggalkan anakku dibawah jagaan auntiemu sementara mommy ke fakulti. Nasib baik ketika mommy membawamu kesana, anakku dah tido dari dalam kereta lagi. Menurut auntie mu, sejam jugalah anakku tido. kemudian bila terjaga, mula mencari mommy. start menangis yang tak ingat dunia...mommy dapat bayangkan. justeru itu, ketika mommy mengikuti kelas, fikiran mommy asyik menerawang memikirkan anakku. nampaknya ikatan batin antara kita begitu kuat, sayang.

Sebelum pulang ke rumah, kita pergi lepak di Kedai mamak bersama auntie mu.. Restoran Khalifah kalau tak silap mommy. hurmm...ramai peminat anakku. Para pekerja restauran tu lah..beraninya mereka datang mendekati anakku. Pegang pipi...usik-usik...geletek-geletek. Aku tau anakku rimas. Mommy lagi rimas. Dahla tangan berminyak, mencanai roti kot. ishh..tak suka orang asing menyentuh anakku sedemikian rupa. Kalau bersih tak per...sah-sah mommy nampak kilauan minyak di tangan mereka. Cuma mommy tak tau dan tak berani nak tegur. kejap-kejap mereka datang ke meja kita. Siap nak membandingkan warna kulit dengan anakku. Mestilah ketara perbezaannya...kopi susu!!

~~~>my gurl 8 month 1 day<~~~





Untuk pengetahuan anakku...
semakin hari anakku semakin tak dapat berjauhan dari mommy. Walaupun mommy berada beberapa jengkal di hadapan mata anakku. Mommy cuba merapatkan hubungan anakku dengan daddymu. Tapi nampaknya anakku berkeras tak akan duduk diam sekiranya tidak nampak kelibat mommy. Mommy agak susah hati dengan perangai anakku yang begini. its ok anakku rapat macam gam kat mommy..tapi sampai mommy tak boleh bergerak jauh sedikit dari anakku menyebabkan mommy kekadang rasa geram. Mommy terpaksa membiarkan anakku menangis melontarkan vokal full swingmu yang sangat bingit. anakku menangis cam sengaja jer...membuka mulut seluas-luasnya, justeru sound yang terkeluar dari mulut mu itu seperti speaker rosak. haiya....pandai membuat tangisan annoying yang membuat mommy terpaksa mengalah dan mendukung anakku. 

Walau cam mana pun, terima kasih kerana membuatkan mommy rasa begitu berharga dan orang yang paling penting di dalam hidup anakku.  Sekurang-kurangnya dalam hidup mommy ini, ada juga insan yang begitu meminati dan menyayangi mommy. its you...thanks sayang!! you are addicted to mommy...heee..Seems like you cant live without mommy by your side. so do mommy!!!

mommy loves.

Tuesday, September 20, 2011

si kecik 8 bulan hari ni

happy 8 month old dearest...
 ya.mommy tau hari ni si kecik nyer birthday. ni tak nak tido lagi nih..mommy dah berkali-kali cuba menidokan kamu. haha..daddymu pun ada assignment malam ni. sambil2 nonton movie mommy lapaskan si kecik di ruang legar daddymu. penat gak dia mengejarmu yang merayap tak tentu hala. then, bila boring plak. nangis and back to mommy. so, tonite mommy and si kecik on you cam. its happen on your birthday, 21 september 2011.















lots of loves,
mommy n daddymu.


Monday, September 19, 2011

Ada apa dengan tangisan?

Duhai anakku si lolo..
fahamilah ibumu, sayang. Ibumu kini dalam mode ingin berjuang. kalau anakku berterusan berperangai begini, apalah akan jadi dengan nasib ibu. Tinggal satu semestar lagi buat ibu...please be good to mommy k. Mommy tau, esok anakku akan mencecah usia 8 bulan. justeru itu, kepelbagaian sudah tertonjolkan oleh anakku. tapi ibu minta satu jer...kali ni. bagi ibu peluang. Waktu ibu nak siapkan tugasan ibu, please be good girl, ok darling. ibu pun nak sangat spend masa dengan anakku all the time. but sometimes mommy need to do something too which mommy really need your cooperation. Please dear...






nasib baek ada camera berhampiran. bolehla mommy captured muka si crying baby yang bersungguh-sungguh menunjukkan emosinya minta kena ambil segala. mommy buat deq, menjadi-jadi pula vokal yang dilontarnya ke udara. bingit!!! but now she is ON lullaby mode. mommy tengah buaikan. tidola sayang. tidolah intan. mommy nak buat keje sikit.

loves,
mommy.

kan dah kata

Dalam entry mak dia, banyak kali mak dia mengata pasal anak dia. Dan..untuk pengetahuan umum, bukan suka-suka nak mengata anak dia. cuma nak berkongsi rasa bersama semua. pasti ramai ibubapa diluar sana menghadapinya. ya...cam anak aku. tak reti nak duduk diam. bolos ke sana ke mari. mentang-mentanglah badan kecik. tak percaya?? jom kita liha karenah si kecik nih...haiyaya...donno boleh dikategorikan sebagai cute atau tak. bikin panas ada la kot. adeihhh...

 aksi bermula. muka tak bersalah...semakin dipanggil, semakin menjauh perginya.

 besi angkat berat daddy dia. motif disimpan dalam bilik, tak tau lah...anak gi kacau.

 Ini yang aku tak leh lepas pandang kat dia ni..bahaya.

 menyelit jer di mana-mana...letak dalam coat tu, baru tau!! menangis tak mou duduk diam dalam tu coat na...

senyuman bikin geram. tau tu si mommy nak marah kat dier. hisshii...

Marah bukan bererti benci. Marah sebab sayang la tu.

Loves,
mommy.

Sunday, September 18, 2011

Our Best Moment

semalam aku join contest Our Best Moment by Black Mores. Haha..aku cekau jer mana-mana gambar dan aku uploadkan. Aku dah usha dah peserta-peserta contest ni. perghhh....dah ada  yang menjangkau 1000++ LIKEs. Sementara aku...jauh ketinggalan di belakang. tak apalah. Just try my luck. tak dapat pun tak apa..belajar mensosialkan diri dalam laman sesawang pun kira ok. 

Nah..tekan alamat ini~~~> http://www.ourbestmoments.com.my/gallery dan klik LIKE kat makcik punya gambar yer?? Undilah makcik. Terima kasih...kat situ ada gambar seorang ibu montel dengan seorang bayi comel dengan gelaran nama Jacqueline Martinus. Klik Like kalau suka dan Klik Like juga kalau tak suka. Tak ada pilihan lain eh...apa lagi, bertindaklah sekarang. hee....

Si kecik aku sihat semalam.Cuma ada sedikit muntah-muntah selepas makan. Aneroksia ke apa si kecik ni?? everytime lepas makan, dia jolok jari sampai ke kerongkong, then muntah.  ishh...pelik, mak. Dahla muntah kat baju mommy dia time makan kat kedai makan G.I.Joe dan ketika jalan-jalan di jusco. macam-macam peel lah.. Balik umah, mommy paksa dia tido.kalau tak tentu sampai sekarang dia masih berjaga. Itupun setelah mommy kasi dia nangis lama-lama. Dia paling tak suka mommy masukkan dalam baby coat. but then, itulah yang mommy lakukan. Lepas nangis, nyusu. barulah  boleh tido. hishhh...mommy terpaksa mengunakan kuasa vito though mommy sebenarnya kesian kat dia. huhu...

selamat malam sayangku. Mimpi indah-indah, ya??

Loves,
mommy.

Saturday, September 17, 2011

Bila semuanya besar

Ya..bila semuanya besar. Nampak menarik,kan?? oppss....hehe...no hurt feeling, mommy. well, sebenarnya semalam iaitu bersempena hari Sabtu, kami tiga beranak gi jalan-jalan kat jusco cam biasa. activiti hujung minggu bah. tak beli apa pun..window shopping, kata orang. si kecik tak banyak berkarenah semalam. Mungkin kesan daripada pertumbuhan gigi beliau membuatkan beliau pasif kot. 

jom terjah...






si kecik punya kesihatan not so good this few days. Flu pun iye. lebih kurang mommy gak dia ni. kekadang kedengaran beliau batuk-batuk gak. kesian pula tengok dia pasif tak seperti kebiasaan.

sayang si kecik Lolo
loves.
mommy.

Friday, September 16, 2011

Horeyyy!!!

16 September 2011 satu tarikh yang bersignifikasi dalam hidup si kecik. i just found out. Dari semalam badan si kecik panas. Tapi memandangkan si kecik tak pernah demam or jatuh sakit, aku tak tau cammana keadaannya kalau dia demam. Aku mengandaikan dia demam hari ni coz badan dia rasa panas seawal pagi tak seperti kebiasaan.

Tengahari tadi, selepas aku kasi dia makan. aku mandikan dia. Si kecik suka benar main air. Ketika aku mandikan dia sambil gu gu ga ga...si kecik ketawa terkekeh-kekeh. dan...ho yeah!! aku tersenyum riang. Setiap kali ada perkembangan terkini si kecik...aku happy sangat. Aku ternampak gusi depan bahagian bawah dah terpecah. nampak satu menda putih kecik terkeluar. Wahhh...Anak aku sudah tumbuh gigi!!! Aku pula yang seronok. Lepas tu aku kasi tau si daddy. si daddy pun beriya-iya nak check gigi si kecik.

Patutlah badan panas semacam dan ragamnya pun menjadi-jadi dua tiga hari ini... Inilah yang dikatakan orang kot...baby akan demam apabila tumbuh gigi. Mommy pula yang syiok lebih-lebih. 

Thursday, September 15, 2011

si kecik ku demam

Rasanya anakku demam hari ni. Kepala panas jer...dari semalam terasa suhu badan dia panas. Hingus pun dah mula meleleh-leleh. Penat agaknya dia coz kena ikut mommy berlari ke sana ke mari. cuaca plak panas...sejuk, hujan. tak menentu. Ditambah pula, dia yang agak lasak memulas badannya... dah cam elastik jer dia aku tengok. tak di tambah lagi dengan mode dia yang selalu Turn ON; menangis melalak.

so, mommy dah kasi paracetamol syrup dah. Still gak lasak dia ni....alahai...bersepah satu rumah dikerjakan. cam tongkang pecah la pula. hissiii....mommy ingat nak berehat panjang hari ni sementara si daddy ada kat umah. Bolehlah dia tolong usha-usha si kecik ni. Tapi si kecik pun nak MERDEKA,kan dirinya... maka, takdalah istilah REHAT itu buat mommy. huhu...

Sedihnya

this is what i want. now...i have to face it alone. Rasakan. seems like no body can help me this time. even si cilik.perangai semakin hari semakin  menjadi-jadi. Mommy dah mula ketik dah puteri emas intan payung ni..geram bah!!!  nanti jam 6pm-9pm ada meeting la pula di Jalan Othman untuk pelajar final. Aku cuba message mrD, bertanya-tanyakan kalau beliau sudi untuk menolong aku. Oppss..beliau pula dengan tugasannya tersendiri. Adikku pula, kerja petang hari ni. so, aku nak harapkan siapa lagi menolong aku atleast menjaga si kecik buat sementara waktu. Nak kasi kat orang jaga?? Hampeh. anak aku cam belangkas jerk ngan aku.

aku sudah mula merasa tekanan yang maha hebat. nanti tengah orang kasi talk, anak aku meragam...menjerit..atau buat whatever yang mengganggu suasana meeting. Tentu jadi perhatian pula kami. mesti merah gak muka aku kot. aiyoo....i really dont know what to do now. i try kacau my mom this morning...minta dia datang tolong aku sementara aku nak focus dengan pengajian. beliau menolak mentah-mentah. ya, aku faham gak. aku cuba jer.... aku tau kat kampung sekarang banyak yang mereka lakukan. thats why aku tak mengharap. macam mana ni??? apa aku nak buat??!!! Tekanan gilerrrr....

Dahla asyik menangis jer dia nih...nak kena pegang memanjang. suara pun dah serak dah. hingus pun dah mula menampakkan diri pada hidung si kecik. hadoiii!!! tension mak oiii...Bukan mommy nak complain...but mommy need to do something for you..for me...and for us!!! This is about mommy's future, OK!!! please dont do mommy like this....

~~Mode : rasa cam nak menjerit jerrrr!!!!~~ ='(

Wednesday, September 14, 2011

World ChampionShip Marching Show Band 2011

Buat tatapan si kecik... 
Kejadian berlaku pada 30 Julai 2011 di stadium Bola Sepak, selangor. Hurmm...waktu ini anakku berusia 6 bulan. hamboiii...kecik-kecik lagi ko dah pegi stadium ek?? well, sebenarnya datukmu iaitu adik kepada ayah mommy yang sponsor. ingatkan murah...sekali masuk rm100. perghhh....terlanjur dah pegi, datuk Marcus sponsor lah. Ingat tak nak masuk dah..dulu marching band ni di buat di dataran merdeka. tak berbayar pun. tu yang mommy ingat free...so sorry to Uncle Marc coz tak pasal-pasal menyusahkan beliau pulak. huhu...

anak aku yang tertido pada awalnya, terjaga dek gamatnya pukulan gendang dan segala macam jenis music dan pergerakan di atas padang. Sebelum pegi ke stadium, kami telah ke Mid-valley untuk bertemu dengan mommy's uncle. haiya..hari tu balik miri, beliau tak boleh dijumpai. sangat sibuk dengan tugasan. alih-alih kat KL boleh jumpa,kan?? aiseyyyman...






Anak aku siap kena kacau lagi oleh penonton kat belakang ni ha...siap kena ambik gambar lagi. mengalahkan artis gitu..hissiii....sampai kat umah, semua terbongkang kepenatan. Kita balik sebelum juara diumumkan. tapi rasanya sekolah dari kedah tu yang akan menang...apa tah nama sekolahnya. Yelah..siap ada gendang 7 musim lagi. peralatan lengkap gitu......

~~Mode  :  dokumentasi buat si kecik~~


Tuesday, September 13, 2011

si kecik bikin bengang!!

Aduhai anakku sayang....
bengangnya mommy dengan karenahmu hari ni. menangis bagai. tak nak henti-henti. mommy kasi buai pun tak nak. kasi minum susu pun tak nak...jadi mommy masukkan jer dalam baby coat. lagilah....menangis menjerita tanpa air mata...tapi mommy buat bodoh jer pasal mommy tak suka anakku tak  nak ikut apa yang mommy katakan. Sekarang, tengah memekik dan buatkan mommy rasa sangat tension dan stress!!!  anakku suka buat apa yang anakku nak buat tapi tak nak dengar cakap mommy. biar still kecik, mommy nak anakku belajar apa yang mommy suka dan tak suka. so...kena ikut cakap mommy ok.

Learn your lesson now,k. Mommy takkan pujuk. Coz anakku telah membuat mommy gerammmmm!!!

loves,
mommy

Baby 7 bulan Genius

haha...tergelak dengan tajuk di atas. Biar betul genius. well... alkisahnyer, anakku sayang yang berusia 7 bulan telah mula membiasakan diri di universiti. Post graduate lagi tau... haha...pening la dengan baby genius ni. ada-ada jer yang dia nak buat...bila bosan, mulalah memekak. geram gak.... hopefully ada jalan penyelesaian selepas ni. nanti mommy tak boleh focus plak...lecturer dok uchaaa...uchaaa si kecik. habislahhh...anak aku yang grad bukan ibu dia.

Anakku sayang dah tertido after taking bath...kesian dia...tapi pagi-pagi dah terjaga. lebih bersemangat nak gi campus berbanding mommy dia. isshiii...

Nak gak tunjuk baju raya yang mak mertua belikan kat mommy si kecik...design harimau gitu...nasib baik muat. haiya...

letak jer kat baby seat, terjaga la pula...muka cam pelik jer. Nak gi  mana plak awal-awal pagi ni, mommy??? heee....

Pandangan belakang. si kecik dah mula nak meragam. haruslah si mommy drive satu tangan. bahaya ni...jalan dah la jam. haiyoyooo....

Petangnya, pulang dengan penat. fuhhhh....

Sunday, September 11, 2011

Mari memasak bersama Ibu

yeah!! hari ini anak aku jadi chef assistant si Mommy. Mommy dan anak berkungfu periuk belanga di rumah seorang kawan. si kecik pula tak reti nak duduk diam. sibuk dia  merangkak ke sana ke mari...mommy pun cam tak selesa jer nak memasak. Skill mommy kantoi coz terpaksa memasak sambil mengendong. taste-mengetaste aku serahkan kepada tuan rumah. Aku jadi cam chef Wan plak...bagi arahan itu..ini....hihi..


Anak tuan rumah yang comel, si Alya

Anak aku terbongkang kepenatan setelah menjadi assistant mommy di dapur.