Saturday, September 10, 2011

Homely saturday

anakku sayang..
hari ni kita tak pergi ke mana-mana. just duduk umah jer. Ok gak lah..penat gak mommy gendong anakku setiap kali kita keluar jalan-jalan. elok-elok ada stroller, bukannya nak duduk diam pun. si daddy nak dukung pun tak boleh...tetap nak mommy gak. pulang jalan-jalan pasti badan terasa sakit sana sakit sini. ialah...dalam dukungan anakku tetap lasak. pusing sana pusing sini.

Hari sabtu ini kita sekeluarga cuma bermalas-malasan di atas katil. tido. tapi anakku tido kejap jer...sedar tak sedar dah mulakan aktiviti sendiri tanpa pengawasan orang tua. bahaya tau... tapi nasib baiklah anakku sentiasa bermain berdekatan dengan mommy. setiap kali pergerakan anakku terkena mommy, mommy tarik semula ke kadalam pangkuan mommy. itu pun sekejap jer coz anakku sangat sibuk nak merangkak ke sana sini. hurmm..setakat ini dah sekali anakku terjatuh dari katil. itupun mommy tak nampak bagaimana rupa stunt yang anakku lakukan ketika itu. yang mommy tau, anakku dah terlentang sambil menangis. tapi bila mommy dukung, terus diam. hissss nakal.

Malam ni anakku tido agak awal. kena paksa oleh mommy. nak tak nak, dibuai dengan dendangan lagu twinkle twinkle little star yang berulang-ulang till irama sebenar dah bertukar menjadi rentak RAP. haha...

Ketika mommy menulis karangan ini, anakku dah terbuai lena di dalam buaian. Selamat tido puteriku sayang. bangun esok, jangan nakal-nakal ya? kesian mommymu....

loves,
mommy

No comments:

Post a Comment