Thursday, September 22, 2011

Canai Time

Hello sayang...
Hari mommy ketika mommy menulis ini, anakku berusia 8 bulan 2 hari. Pantasnya masa berlalu. Seperti baru semalam mommy melihat seorang bayi kecil yang baru lahir kini sudah mula belajar berdiri. hehe..tapi belum pandai berdiri lah masa ni. Still nak pegang benda untuk dijadikan tongkat. Kekadang tangan terlepas. maka terlentanglah anakku jadinya.

Semalam mommy meninggalkan anakku dibawah jagaan auntiemu sementara mommy ke fakulti. Nasib baik ketika mommy membawamu kesana, anakku dah tido dari dalam kereta lagi. Menurut auntie mu, sejam jugalah anakku tido. kemudian bila terjaga, mula mencari mommy. start menangis yang tak ingat dunia...mommy dapat bayangkan. justeru itu, ketika mommy mengikuti kelas, fikiran mommy asyik menerawang memikirkan anakku. nampaknya ikatan batin antara kita begitu kuat, sayang.

Sebelum pulang ke rumah, kita pergi lepak di Kedai mamak bersama auntie mu.. Restoran Khalifah kalau tak silap mommy. hurmm...ramai peminat anakku. Para pekerja restauran tu lah..beraninya mereka datang mendekati anakku. Pegang pipi...usik-usik...geletek-geletek. Aku tau anakku rimas. Mommy lagi rimas. Dahla tangan berminyak, mencanai roti kot. ishh..tak suka orang asing menyentuh anakku sedemikian rupa. Kalau bersih tak per...sah-sah mommy nampak kilauan minyak di tangan mereka. Cuma mommy tak tau dan tak berani nak tegur. kejap-kejap mereka datang ke meja kita. Siap nak membandingkan warna kulit dengan anakku. Mestilah ketara perbezaannya...kopi susu!!

~~~>my gurl 8 month 1 day<~~~





Untuk pengetahuan anakku...
semakin hari anakku semakin tak dapat berjauhan dari mommy. Walaupun mommy berada beberapa jengkal di hadapan mata anakku. Mommy cuba merapatkan hubungan anakku dengan daddymu. Tapi nampaknya anakku berkeras tak akan duduk diam sekiranya tidak nampak kelibat mommy. Mommy agak susah hati dengan perangai anakku yang begini. its ok anakku rapat macam gam kat mommy..tapi sampai mommy tak boleh bergerak jauh sedikit dari anakku menyebabkan mommy kekadang rasa geram. Mommy terpaksa membiarkan anakku menangis melontarkan vokal full swingmu yang sangat bingit. anakku menangis cam sengaja jer...membuka mulut seluas-luasnya, justeru sound yang terkeluar dari mulut mu itu seperti speaker rosak. haiya....pandai membuat tangisan annoying yang membuat mommy terpaksa mengalah dan mendukung anakku. 

Walau cam mana pun, terima kasih kerana membuatkan mommy rasa begitu berharga dan orang yang paling penting di dalam hidup anakku.  Sekurang-kurangnya dalam hidup mommy ini, ada juga insan yang begitu meminati dan menyayangi mommy. its you...thanks sayang!! you are addicted to mommy...heee..Seems like you cant live without mommy by your side. so do mommy!!!

mommy loves.

No comments:

Post a Comment