Friday, September 16, 2011

Horeyyy!!!

16 September 2011 satu tarikh yang bersignifikasi dalam hidup si kecik. i just found out. Dari semalam badan si kecik panas. Tapi memandangkan si kecik tak pernah demam or jatuh sakit, aku tak tau cammana keadaannya kalau dia demam. Aku mengandaikan dia demam hari ni coz badan dia rasa panas seawal pagi tak seperti kebiasaan.

Tengahari tadi, selepas aku kasi dia makan. aku mandikan dia. Si kecik suka benar main air. Ketika aku mandikan dia sambil gu gu ga ga...si kecik ketawa terkekeh-kekeh. dan...ho yeah!! aku tersenyum riang. Setiap kali ada perkembangan terkini si kecik...aku happy sangat. Aku ternampak gusi depan bahagian bawah dah terpecah. nampak satu menda putih kecik terkeluar. Wahhh...Anak aku sudah tumbuh gigi!!! Aku pula yang seronok. Lepas tu aku kasi tau si daddy. si daddy pun beriya-iya nak check gigi si kecik.

Patutlah badan panas semacam dan ragamnya pun menjadi-jadi dua tiga hari ini... Inilah yang dikatakan orang kot...baby akan demam apabila tumbuh gigi. Mommy pula yang syiok lebih-lebih. 

No comments:

Post a Comment