Thursday, November 24, 2011

baby vs mommy

smlm sejarah buat anakku. tido agak awal. haha...mommy bawa masuk bilik coz macam cacing kepanasan kat ruang tamu. risau lihat gurl pegi memegang sipi tingkap umah. ni yang aku tak suka ni. apa la faedah dulu tingkap dibina cam gitu sampai ke lantai. long term, tak selamat untuk budak.

then, mommy kasi nenen. tutup lampu. gelap. anakku minum gaya anak miaoow. tapi kendian menggigit cucu mommy. apa lagi mommy tolak. punya sakit ko punya gigi, nak. u cry. mommy kasi second change u minum. lagi u gigit. ghesttttt....sakit gila weiii. ngilu. mommy tolak kepalamu. lagi menangis seolah-olah mommy pukul. lepas tu mommy tutup dengan kain cucu. apa lagi..berpusing-pusingan plak anakku mengelilingi badan mommy. menarik blanket bagai. menangis yang...hadoiiii...

lastly, mommy kasi. anakku pun minum ala-ala good gurl. tangisan terhenti. kendian, ada misscall dari daddymu. mommy menerpa hp. anakku menangis kendian telungkup muka kat bantal. cam orang dewasa merajuk. bila mommy selesai dengan hp, anakku dah tertido sampai ke pagi. kesiannn...

my gurl..ko sangat active lah. tak terlarat mommy mengejarmu. lagi dengan pergerakan udangmu yang mengengsot ke belakang lebih baik dari ko merangkak ke depan. laju sangat. funny.

now mommy kat office. tadi kuar time you tido. see you tonite. we fight again.

loves
mommy.

miss you so much!!!

begini la pula rasanya jadi ibu. though mommy busy, wajah dan bayangan si kecik dok meliuk lentok menari-nari melambai-lambai di celahan memori. can see clearly her face. smiles. moves. haiya..cam angau pula aku ngan anak aku ni. bila dekat-dekat asyik bergaduh plak. cesss....apapun, setiap kali terasa "hang" sebegini, teringin sangat nak peluk my gurl. rasa tenang. rasa syiok. di tambah pula dengan sikap dia cam malu-malu kucing dan jual mahal tatkala dirinya dalam pelukan. oh my....i really miss you. rasa cam kehilangan sesuatu jer. hari ni rasa tak lengkap tanpa gelak tawa dan tangisanmu.

mommy kena bergegas balik umah. nak masak-masak. makan, then turun semula kat office. mommy sangat2 mengejar date line ketika ini. cant wait to see you, darling.

loves,
mommy.

Wednesday, November 23, 2011

10month gurl

pada 21112011, anak aku telah mencapai usia 10 bulan. cepatnya masa berlalu. pada ketika ini dia mempunyai 3 batang gigi. dua di bawah dan satu di atas. satu lagi akan tumbuh tidak lama lagi kerana sudah kelihatan gusinya menunjukkan ada sebatang lagi bersedia untuk menampakkan diri. heee...setelah bergigi ni, anak aku sering menggigit pacifier mommy ketika menyusu. mungkin geram coz air susu dah semakin kurang kot. plus, sekarang dia sudah 80% sehari menyusu botol. cuma waktu malam jer menyusu badan.

Banyak kaletah atau skill baru yang ditonjolkan oleh si kecik mommy. antaranya ialah :
1. mengundur ke belakang (secara merangkak)...which mommy katakan sebagai 'pergerakan udang'. manakala daddy pula panggil skill ni 'breakdance-moon walk' ala-ala mendiang micheal jackson gitu. bila melihat we all gelakkan dia, terus dia berhenti dan gelak sama. funny you.

2. bermain u'ak (seek and hide) tapi kat dalam blanket jer. dulu, mommy yang selalu buat kat dia. sekarang dia pandai buat sendiri. tengah malam pun pandai tarik blanket dan 'u'ak' sendiri-sendiri. kesian, mommy dan daddy tak layan. ishh..tengah-tengah malam pun active budak ni walaupun sebelum tu dah tido nyenyak. battery full kot.

3. nak masuk besen mandi, dah pandai tarik pampers dia. tau sebentar lagi bakal masuk dalam tab mandi dia.  sukanya dia mandi. paling tak syiok, time nak pakaikan dia pampers dan seluar. memang berpulas badan dia. skill bertambah liar berbanding bulan-bulan sebelumnya. daddy tak lepas bab nih...terpaksa main kasar untuk pakaikan baby mommy pampers. heee

4.  suka makan. apa saja yang mommy makan, dia nak gak makan. so mommy kasi jer lah. tapi..makan nasi tak nak pula. badan maintain slim gitu.

5. sudah pandai nak ikut daddy dan mommy turun keje. pasti akan menangis syahdu. mommy sebenarnya tak sampai hati dengar tangisan si kecik. tapi bila memikirkan akibatnya kalau membawa si kecik bersama, sudah pasti keje mommy tak akan siap. saling ganggu-mengganggu. ketahuilah ketika mommy buat keje, memang mommy asyik teringat-ingat kan si kecik.

6. pandai meniru bunyi lidah 'cek..cek..cek..' bising bila bermain lidah dia. seronok si kecik mendengar suara yang terkeluar dari mulutnya.

7. apa bila mendengar music, mula goyangkan badan. kepala pun bergoyang dengan longlainya. cehhh..pandai bikin cute owh ko, sayang. bikin mommy geram gitu.

8. sudah pandai bertepuk tangan. cute tangan kecik yang bertepuk-tepukan gitu.

9. turun naik katil sudah menjadi perkara biasa. cuma skill bertambah hebat iaitu kelajuan meningkat. betul-betul macam pergerakan ketam. 

10. paling penting, masuk usia 10 bulan anakku sudah pandai nak berdiri tanpa memaut sebarang benda. cuma nak balancing badan tu belum pandai lagi.  berdiri setakat dua tiga minit. bila dah berdiri terus minta puji. haha...mulalah nak goyang-goyang badan dan angkat tangan ala-ala menari gitu.

hurmmm...banyak lagi. tunggu lah. mommy akan mention dalam post seterusnya. now mommy kat office buat thesis mommy. tadi mommy turun rumah, menangis plak. kesian mommy tengok. know what dear, mommy miss and loves you so much.

loves,
mommy&daddy

Friday, November 11, 2011

tidurlah sayangku

alahai anakku sayang...
do you know what time is it now?? tadi elok-elok dah tido now terjaga pula. asyik nak menyoyot jer keje...sampai mommy pun terasa cam tido tak tido. justeru itu mommy gi buatkan susu botol. know what, barangkali kekenyangan sampai termuntah plak. hadushhh..satu kerja lagi diberikan kat mommy tengah-tengah malam buta. daddymu yang telah tido terjaga apabila terdengar bunyi anakku yang nak termuntah...bangun sekadar untuk memarahi mommy pasal tak lapik tempat tido mu. sayang benor dia kat tilam 'silent night' dia ni... sabo jer lah. lepas tu terus tido plak. cehhh...

lepas mommy lap semua, tukar baju segala...anakku tak nak lelap la pula. siap nak turun katil bagai..nak jer mommy biarkan. tapi mommy risau anything can happen during mommy dan daddy tido. mommy takkan maafkan diri mommy andai sesuatu buruk terjadi keatas dirimu. so..mommy layan gaklah. tapi makin galak biji matamu. tak da hint yang menunjukkan anakku akan tido. apa lagi...mommy bangun dari katil, kita keluar dari bilik.

mommy pasang wayar laptop, anakku pula bermain dengan galaxy tab mommy. mula-mula layan lagu..kendian tab mommy mula masuk mulut. casing pun di lipat-lipat. haiyaaa...creative huh?!! then anakku buka buku abc..tunggang terbalik dan kekadang masuk mulut. hurmmm...cara cepat nak dapat ilmu kot. lepas tu, bila tengok mommy dah mula on laptop, mula plak  menangis minta digendong.

mommy pun masukkan anakku ke dalam buaian diiringi instrumental music. lega....buai-buai...anakku akhirnya terlena. malangnya...mommy nyer mata dah tak leh nak tertutup. phieww....

i love you.

good nite sayang.
mom.

Thursday, November 10, 2011

i need to hug you!

hai sayang...
mommy in the office now. mommy quite tension and stress now due to mommy's final paper 'thesis'. mommy pening kepala sekarang. terasa berat jerrr...dan..mommy terbayang-bayang akan kaletah anakku pada skrin laptop. padahal mommy sedang bertungkus lumus mengarang ayat. owh..how i miss you. inilah dikatakan ikatan batin antara ibu dan anak kot. saling merindui dan memerlukan.

mommy terasa-rasa nak pulang jer ketika ni. i need to hug you. pelukan itu akan meredakan keresahan dan tekanan yang melanda jiwa mommy ketika ini. dan..oh ya..maafkan mommy pasal semalam. mommy menengking anakku. terdiam anakku tatkala mendengar high tune mommy. dah mula faham kalau mommy nak marah or menjentik anakku. well, sebenarnya mommy tak suka kalau anakku bergerak sampai tak memperdulikan keadaan badan anakku. berpulas-pulasan. mommy kesian badan anakku sakit..tu yang mommy marah kat anakku. kalau nak biarkan boleh. tapi...anakku sendiri tak memahami akan apa yang anakku lakukan. justeru itu mommy cuba guide anakku. mommy know you sangat sangat lasak, tapi badan you perlu gak berhati-hati. sudah-sudahlah kepala anakku yang selalu menghentam simen akibat terjatuh. benjolan di belakang kepala anakku kini meresahkan mommy.

k lah..mommy kena sambung buat keja. nanti mommy pulang. actually mommy nak buat keje kat umah. tapi nanti mommy pula terleka melayan anakku plus, anakku pun bukannya boleh sangat tengok mommy ngadap laptop. huhu...

mommy miss you dearly.
mom_11.11.11

Tuesday, November 8, 2011

clap hand baby

hai sayang..
syukur Tuhan anakku sentiasa sihat dari hari ke sehari. sini mommy just nak catitkan perkembangan terkini anakku. setakat ini, gigi masih lagi bertahan 2 batang. =)

pertama, pada 6/11/2011 bersamaan dengan hari ahad...when we all on the way to church, anakku tetiba buat kejutan kat mommy. haha..you know what, when mommy says, clap-clap hand..suddently anakku bertepuk tangan sambil memandang muka mommy. wowww...anakku sudah pandai menerima arahan sudah owhh dan mengenalpasti arahan mommy. satu kemajuan, anakku sudah pandai bertepuk tangan. gaya tepukan yang comel sekali.

dan..keduanya, minggu ini anakku cuba untuk berdiri. still takut untuk berdiri tapi adalah seminit dua anakku berdiri tanpa memaut apa-apa. bila mommy suruh cuba lagi...anakku buat gak..tapi terduduk. you know how to control yourself dari jatuh berdebuppp..so cute of you.

ketiga, anakku mempunyai daya ingatan yang baik. sudah biasa mendengar bunyi grill pintu apabila mommy dan daddy balik rumah. terus terdiam menanti kemunculan mommy dan daddy. bila tak muncul-muncul juga...anakku menangis. begitu juga, mommy suruh kakak nelly mengendong anakku ke tingkap melihat mommy di bawah tatkala mommy nak pergi sekolah. so, whenever kakak nelly bawa anakku ke tingkap, melihat ke bawah. tak da orang..or ternampak orang, anakku menangis. seperti pada pagi ini tadi...mommy sempat melambai-lambai anakku dari dalam kereta dan mommy can hear you cry loudly. kesian...

keempat...anakku sudah pandai menunjukkan emosi. dua hari lepas, sebangun dari tido, anakku takda mood untuk senyum. mommy geletek-geletek pun, punya mahal senyuman terukir di bibir anakku. ketawa pun terpaksa jer. kemudian serious..wowww...gaya jelingan pun mengancam. macam marah kat mommy jer...bila mommy pulang ke rumah, anakku buat tak layan jer mommy, yer...tak nak senyum pun kat mommy not until mommy gi cium pipi dia and lambung-lambung anakku ke udara. haiya....ah moi kecik mommy sudah pandai tunjuk protest lorrr...hadoi...

kelimanya, anakku pandai menolak pintu or menepuk-nepuk pintu supaya mommy buka pintu untuk anakku. such a clever girl, you. kalau  mommy tak buka...mula lah menangis. bila dah nampak muka mommy, bukan main happy lagi. you know what, mommy suka melihat ekspresi kesungguhan dan kegembiraan yang terpancar di muka anakku tatkala anakku dapat melihat mommy. sejuk hati mommy... mommy pun happy gak.

oklah..setakat ini dulu. take note sayang....dari hari ke sehari ada-ada saja kepintaranmu yang terserlah. paling penting...sangat lincah dan suka mengopek barangan sampai daddymu panggil you "kuasa binasa kecil" manakala mommy pula "kuasa binasa besar". haha... like mother like daughter lah...

mommy miss you now.

loves,
mom.