Saturday, April 14, 2012

Look what have u done!!

hari ni mommy sangat geram dengan anakku. tengah hari tadi mommy bawa pegi makan kat restoran Vege after daycare session. mommy suapkan. hanya beberapa suapan jer yang ko telan. selebihnya ko muntahkan balik. bersepah kat lantai restoran tersebut. sabar je lah mommy. tak cukup dengan itu, nak gi kacau orang lain yang tengah makan. sepulangan dari restoran kita pulang dalam hujan. kat rumah pula...sepahkan barang kat dapur. keluarkan semua isi tisu. panjat meja kat dapur dan pegi gigit biji limau kasturi. lepas tu pegi keluarkan buku daddy ko dari almari dia. tak cukup dengan itu, keluarkan pakaian dalam almari dan sepahkan. mommy sabar jer...lastly, acara kemuncak, anakku boleh plak pegi bergayut pada cermin. padahal sebelum itu kita berdua sama-sama nak terlelap. mommy tak sedar anakku meluncur turun dari katil dan buat perangai cam gitu. mommy sangat terkejut. paling takut ko terluka dek kaca tersebut. apalagi mommy pukul dan jerit-jerit memarahimu. tah ko faham ke tak, mommy tak kisah...yang penting mommy nak tau ko yang mommy sangat-sangat marah. yang sebenarnya risau juga keselamatanmu. ko menangis dan menangis bila mommy memukul paha dan tanganmu serta menjentik telingamu. tapi still juga nak menuju ke arah cermin tadi. membuatkan mommy bertambah baran. ye lah...ko masih kecil lagi. apa ko faham,kan?? ko tak faham kerisauan mommy sekiranya ko terluka. ko tak faham kata-kata mommy yang melarangmu mendekati dan memegang cebisan cermin tersebut. actually mommy cuba bertahan dari awal perbuatanmu hari ni tadi..tapi, ini adalah kemuncak kemarahan mommy yang sudah tidak boleh mommy tahan. maafkan mommy..huhuhu.




after kena marah mommy, barulah anakku tertido. actually dalam hati mommy penuh kekesalan memarahimu. ya, kau belum mengerti lagi. Tanpa ko sedari, mommy mencium dirimu memohon kemaafan dan menyatakan bahawa mommy sangat menyayangimu meski semarah mana sekalipun mommy terhadapmu. bukan sebab mommy membencimu sayang. 

Thursday, April 12, 2012

love your smiles

haa... mommy suka tengok anakku tersenyum. so sweet..rujuk kepada gambar di bawah. anakku tersenyum riang ketika mengetahui mommy nak ambil gambar. lucu gak mommy...mommy tak payah suruh-suruh pun anakku tersenyum. tapi macam happy sangat plak anakku kat situ..yerdehhh. so sweet la you..mommy tak ready lagi, ko dah senyum2. cuteeee...

Serangga perosak

daddymu baru jer beli board untuk anakku menulis. dalam dua minggu lepas. suka la anakku..tapi...tak sampai dua hari dah rosak pula dikerjakan anakku. board tersebut diinjak-injak. board tu jugalah tempat anakku nak melompat-lompat. pelik-pelik...daddy selalu kata, anakku ini mempunyai kuasa binasa no. 2. kuasa binasa no. 1 ialah.....mommymu. tapi auntie Ynna mu pula memberi gelaran serangga perosak..sangat creative la kononnya tu,kan?? heee

Tekun menconteng pada awalnya..bila dah bosan, board ni kena pijak2 pula. hadeii...

demam panas

pada 10/4/2012 anakku jatuh sakit. haa..time ni kebetulan cuti. so, mommy tak hantar ko ke daycare. tapi, kebetulan pula anakku jatuh sakit. panas jer badan. risau mommy....sampai 11/4/2012. mommy letak ubat melalui buntut anakku, baru lah sejuk dan terus sihat. cuma sakit gigi jer lah kot. itu pun mommy agak-agak jer coz mommy pun tak tau apa yang anakku rasa ketika itu. ialah..meraung-raung seperti kesakitan walaupun badan dah tak panas lagi. nak gigit cadar lah..nak gigit bantal lah..so, mommy agak mesti gigi anakku nak tumbuh lagi kot. tiap kali anakku jatuh sakit, mommy pasti risau. sampaikan kekadang mommy marahkan daddy coz seolah-olah macam tak kisah walaupun sebenarnya dia kisah. cuma daddy cool jer...tak macam mommy, gelabah. and sometimes mommy menangis juga. huhu...terutama apabila mommy dah buntu dan tak tau cam mana nak mengurangkan kesakitan anakku. teruk,kan mommy ni? =(


notty gurl

anak..
perangai ko ketika ni sangat sukar untuk dijangka. ada-ada jer yang ko nak buat. bila dapat buat sesuatu tu, muka happy semacam. siap senyum-senyum lagi. cuma mommy tak sempat nak rakam aksi tersebut. mommy curi-curi gak tengok time ko dapat apa yang ko nak buat tu ko berjaya lakukan. lucu sekali...pantang ada peluang, terus ko cepat-cepat buat apa yang ko nak lakukan. ishhiii..thats y mommy kata ko ni...such a notty gurl. little vampire...hehe...tapi ko tetap cute di mata dan hati mommy.


Pantang mommy tak ada, terus memanjat meja studi mommy. tapi sebelum tu tersenyum gembira sambil tengok kiri dan kanan kalau-kalau kena sergah mommy ke tak. tapi, mommy buat-buat tak nampak. hadeiii...

anak ceria

hello baby mommy...
nah, di sini mommy upload ko punya gambar...sekarang ko berusia 1 tahun 3 bulan ketika gambar ini diambil. nak tau perwatakan ko cam mana tak?? so notty la u ni...hehe..come let mommy show you.

 Pandai buat muka comel konon...mengada-ngada.

dah pandai menjelir lidah time mommy ambil gambar...funny u.

Thursday, April 5, 2012

3rd day daycare

semalam tido awal. tapi asyik merengek-rengek jer sepanjang malam. pagi ni bangun awal pula. lepas mommy tukar lampin dan buatkan susu, anakku tido balik. so..hari ni anakku terlewat ke school. kita bertolak dari rumah jam 9am. hari  ni mommy tak sempat kasi mandi. sesampai di school, mommy hantar sampai pintu. cikgu datang mengambil alih anakku dari mommy. menangis la pula. ialah..anakku baru bangun tido,kan?? mood pun tak stable lagi. tapi tadi, bila nampak budak-budak main badminton kat perkarangan school anakku tersenyum happy. hurmmm...apapun, this is your third day. nanti mommy update lagi k....

2nd day daycare

yesterday, your second day at school. sorry la, mommy lambat update. semalam u wake up early as if you want to see your daddy before he off to work. then, mommy kasi u mandi pada jam 7.30am. siap menguap lagi...nak baring-baring pula dalam tab mandi. hissiii... lepas tu, mommy kasi you makan. mommy bagi makan awal-awal dari rumah, takut you kelaparan di school. ialah..first day, teacher tak bagi you makan. kesian mommy tengok. balik rumah, you sangat-sangat lapar. apa-apa jer nak masukkan dalam mulut. mommy bawa you gi shopping di jusco, shopping sayur. know what, ko boleh nak makan plastik2 sayur. kesian melihat keadaan you, mommy beli bun jagung. fuhhh..habis u makan. laju jer. makan cam orang dewasa lagi. plus, semalam, balik jer dari school, anakku kelihatan sangat penat. dalam kereta minum susu yang mommy sengaja buatkan sebelum menjemputmu. anakku minum sambil terlelap. penat la tu.

semalam, hari kedua...prestasi anakku bertambah baik di school. tak lagi gaduh-gaduh dengan budak lain. mommy tau, anakku tak reti nak gaduh pun dengan orang. ialah...kat umah, u dont have such attitude. mungkin anakku suka kat budak-budak, anakku suka sentuh-sentuh dan pegang-pegang dia orang sampai mereka salah faham perlakuan anakku. kesiannn kena cakar pula, kan?

mommy hantar makanan tengahari kat school. mommy masak nasi, ikan salmon+jagung dan sayur. cikgu kata, habis gak di makan oleh anakku. tu la...siapa kata anak aku tak lapar. orang dewasa boleh lapar, lagikan anak kecik. Mommy siap belikan bekal lagi, tak nak anakku kelaparan. harap-harap cikgu kat school bagi kat anakku hendaknya.

jam 5pm, mommy pegi jemputmu pulang awal coz ada upacara keagamaan, White Thursday. Sepatutnya kita pergi church lady of lourdes, 6.30pm. tapi mommy sangat penat dan pening kepala. then we all went to Church of Devine mercy. hurmmm...pelik mommy tengok perangai anakku kali ni. sangat nakal. tak boleh duduk diam. mommy pegang pun pusing sana, pusing sini sampai mommy rasa kesabaran mommy memuncak di kepala. mommy jentik juga tangan dan pipi. tapi anakku macam tak kisah. menangis tapi terus nak berdegil juga nak bergerak sana sini. hadoiii....

pulang ke rumah, on the way home, anakku tertido. penat barang kali. anakku akhirnya tido sampai pagi.

begitulah kisahnya hari ke-2 anakku di sekolah.

loves,
mommy.

Wednesday, April 4, 2012

1st day Daycare

hallo sayang mommy...
dah lama mommy tak update ko punya diary ni. maafkan mommy atas kemalasan ini. memang banyak yang perlu mommy catatkan sebenarnya. cuma, kebelakangan ni, ada-ada jer kekangan untuk mommy berbuat demikan. mula-mula masalah laptop kena virus. lepas kena virus, rosak pula. terpaksa hantar kedai untuk repair. kemudian, mommy pula ada morning sickness. maksudnya, mommy ada penyakit pagi..hehe...nanti dah besar, mommy pasti lolo akan faham maksud mommy ni. well, tak lama lagi..lolo akan jadi kakak la maksudnya. hehe..

so, hari ni mommy antar lolo ke smart kids junior daycare. kesian anak mommy coz mommy tetiba buat keputusan untuk berjauhan denganmu. penjaga mu sudah balik kampung. tak tau dia datang lagi atau tak..tapi mommy memang nak lolo belajar dan bergaul dengan orang lain. lagipula anak mommy ni kelihatan cerdik. rugi kalau tak di asah awal-awal kepintaran yang ada pada anakku.

so, first day mommy antar ke daycare, anakku terus lupa mommy. haha..enjoy lihat kanak-kanak yang sebaya dan beberapa alat permainan yang terdapat di luar rumah. tapi, bila mommy minta diri..anakku menangis. sayu hati mommy, tau. tapi mommy tak nak tunjuk la. malu kat cikgu anakku. mommy start engine, duduk dalam keta sambil perhatikan anakku yang tak menyedari kehilangan mommy. rasa kesian pula lihat anakku di khalayak budak cina dan india. tapi mommy tengok, anakku pun cam boleh berkawan dengan mereka.

tengahari tadi, mommy pegi hantar tilam, cadar dan bantal buat anakku. kedengaran tangisan anakku dari luar. hati mommy sakit dan rasa nak nangis. mommy betul-betul sedih, tau. mommy cepat-cepat masuk. actually mommy tak dibenarkan masuk. tapi mendengar tangisan anakku yang sayu dan kuat begitu mommy langgar jer. mommy nak peluk anakku. bila lihat mommy, terus jer anakku meluru pantas as if rindu sangat-sangat kat mommy. rupa-rupanya anakku dah tido, tapi mereka alihkan anakku. apa lagi, menangis la anakku. ibu tau dan faham akan perangai yang sebegitu. mommy bagi tau kat cikgu, jangan biar anakku nangis lama-lama coz anakku senang dipujuk orangnya. anakku baring atas tilam yang baru mommy belikan khas buatmu...hehe..mommy tak tanya daddy pun. tapi for you, mommy sure daddy Ok jer...untuk kebaikan anakku juga,kan? then, mommy kena minta diri..anakku dipujuk untuk bermain dengan toys. betul-betul leka anakku. dan mommy pun keluar cepat-cepat. tak nak lagi mommy mendengar mu menangis. even, ketika mommy menaip catitan ini, terasa air mata mommy meleleh sedih. huhu.

oklah...tinggal lagi sejam setengah untuk mommy datang menjemputmu. tak sabar mengetahui perkembanganmu di sana. nanti mommy update lagi k.

mommy sayang lolo.