Saturday, April 14, 2012

Look what have u done!!

hari ni mommy sangat geram dengan anakku. tengah hari tadi mommy bawa pegi makan kat restoran Vege after daycare session. mommy suapkan. hanya beberapa suapan jer yang ko telan. selebihnya ko muntahkan balik. bersepah kat lantai restoran tersebut. sabar je lah mommy. tak cukup dengan itu, nak gi kacau orang lain yang tengah makan. sepulangan dari restoran kita pulang dalam hujan. kat rumah pula...sepahkan barang kat dapur. keluarkan semua isi tisu. panjat meja kat dapur dan pegi gigit biji limau kasturi. lepas tu pegi keluarkan buku daddy ko dari almari dia. tak cukup dengan itu, keluarkan pakaian dalam almari dan sepahkan. mommy sabar jer...lastly, acara kemuncak, anakku boleh plak pegi bergayut pada cermin. padahal sebelum itu kita berdua sama-sama nak terlelap. mommy tak sedar anakku meluncur turun dari katil dan buat perangai cam gitu. mommy sangat terkejut. paling takut ko terluka dek kaca tersebut. apalagi mommy pukul dan jerit-jerit memarahimu. tah ko faham ke tak, mommy tak kisah...yang penting mommy nak tau ko yang mommy sangat-sangat marah. yang sebenarnya risau juga keselamatanmu. ko menangis dan menangis bila mommy memukul paha dan tanganmu serta menjentik telingamu. tapi still juga nak menuju ke arah cermin tadi. membuatkan mommy bertambah baran. ye lah...ko masih kecil lagi. apa ko faham,kan?? ko tak faham kerisauan mommy sekiranya ko terluka. ko tak faham kata-kata mommy yang melarangmu mendekati dan memegang cebisan cermin tersebut. actually mommy cuba bertahan dari awal perbuatanmu hari ni tadi..tapi, ini adalah kemuncak kemarahan mommy yang sudah tidak boleh mommy tahan. maafkan mommy..huhuhu.




after kena marah mommy, barulah anakku tertido. actually dalam hati mommy penuh kekesalan memarahimu. ya, kau belum mengerti lagi. Tanpa ko sedari, mommy mencium dirimu memohon kemaafan dan menyatakan bahawa mommy sangat menyayangimu meski semarah mana sekalipun mommy terhadapmu. bukan sebab mommy membencimu sayang. 

No comments:

Post a Comment