Tuesday, January 31, 2012

hadoii

maafkan mommy sayang...
banyak tentangmu yang mommy tak update. terasa malas nak menaip gitu. gambar2 pula banyak dalam hp and camera. paling malas nak transfer. huhu..plus, this lappy pun sakit. tak lama lagi nak antor ke kedai utk dibaiki. so, semua dokumen dalam ni harus dipindahkan. malas mommy nak buat keje ulang alik.

sorry ek. lain kali mommy update. apa yang penting, sekarang anakku sangat active dan cerdas. cuma selalu jatuh sakit. hadoiii....badan plak selalu jer panas. well, anakku dah boleh berjalan dengan baik cuma pengimbangan badan ada sedikit kurang. apapun...you still active baby.

loves
mommy.

Wednesday, January 18, 2012

selamat malam sayangku

penat coz petang tadi berlari berkejaran di saccmall shah alam. goodnyte sweetie.

Thursday, January 12, 2012

maafkan mommy

hai sayang..
ari ni mommy tinggalkan lagi dirimu di rumah. mommy n daddy turun pejabat. daddymu terpaksa temankan mommy. actually mommy nak gak tinggalkan daddymu so that dia boleh jaga anakku. tapi...mommy pun penakut gak. haha..nak ke toilet pun kena ajak daddymu.

ya, maafkan mommy sayang. mommy dapat lihat dari cahaya matamu setiap kali kita bertemu. sarat dengan kerinduan. ketika mommy nak berpergian, mommy dapat melihat kerisauan dirimu dari ditinggalkan. tapi mommy pergi juga. terpaksa...

hari ni mommy tengok kemerahan di bahagian tut-tut anakku sangat teruk. sedih mommy tengok. tak tau kenapa tu..infection apa agaknya?? esok mommy bawa anakku ke klinik. maafkan mommy dan daddy atas kurang perhatian terhadap dirimu.

mommy sayang awak.

Tuesday, January 3, 2012

cepatlah sembuh sayang

tahun baru ini disambut dengan kesihatan badan yang kurang memuaskan. Badan anakku panas semacam jer...demam. mommy telah bawa pergi ke klinik 1M pada hari pertama 2012. cuma paracetamol syrup jer yang diberikan. tapi macam tiada perubahan apa-apa pun...semalaman anakku kepanasan. tak boleh tido dibuatnya. menangis...merengek-rengek. hati mommy tak senang. 

the next day, ajak aunt ubong pegi beli cool fever...hurmm...kelasakanmu menyebabkan cool fever tersebut melekat di lantai, bukannya di dahi. hadoii..still tak da perubahan. semalam iaitu 3/1 mommy bawa anakku pergi jumpa dr. george. rupa-rupanya clinik tersebut milik orang kayan. bagus owhh...nama penuh dr. tersebut ialah dr. george emang  dan cliniknya  lokasinya di mosjaya.Di klinik, anakku meronta-ronta kerimasan.. mommy pun tak tau apa nak buat. tapi..after kasi paracetamol dari dr. george, suhu mulu turun. rupa-rupanya paracetamol ni berbeza kot...hari ni pun still lagi panas tapi kurang sikit dari semalam.

 1.1.2012

 2.1.2012

 3.1.2012

3.1.2012

cepatlah sembuh duhai permata hati mommy. kesian mommy tengok...kalaulah anakku boleh bagitau apa yang sakit pada anakku, bolehlah mommy urutkan. mommy turut takut anakku menangis yang berpanjangan lagi. mommy serik apabila nafas anakku seolah-olah terhenti. jangan takutkan mommy lagi, sayang.

malam ni nanti kita akan balik kl. jumpa daddymu..mungkin juga demam ini disebabkan kerinduanmu terhadap daddy kot. mommy cuma mengandaikan...

mommy love you.

Sunday, January 1, 2012

Happy new year2012, sayang.

hai sayang mommy...
happy new year 2012. sekarang kita berada di Miri. Daddymu sudah pulang ke KL atas urusan kerjaan. nampak gaya kita sambut tahun baru tanpa daddymu di sisi. kesian daddymu...sorang-sorag di KL. tapi tak apalah..next time kita akan bersama untuk sambutan yang lebih meriah.

semalam, iaitu 1/1/2012 anakku demam. hari ni pun belum kebah lagi.. bibirmu kemerah-merahan. mungkin disebabkan panas dalaman kot. cool fever yang mommy letak di kepalamu asyik anakku tanggalkan. haiyoo... anakku bertambah manja pula...asyik nak melekat kat badan mommy. sehinggakan mommy nak bergerak pun susah. tak pa lah...tak sampai hati melihat perwatakanmu yang manja 'mengada-ngada', mommy bagi  muka jugalah. maklumlah...orang tengah demam, nak perhatian lebih. hehe...

mommy sedih juga dengan kondisi kesihatanmu. kerja mommy pun entah ke mana coz anak harus diutamakan. tiada galang gantinya...well, semua orang sayang pada anakku. kakak syiyon, kak sepia, kakak ucan, abang acen, abang well, uncle juk, auntie ubung, uncle mico, uncle ubet, auntie ina, atuk dan nenek...berlimpahan kasih sayang yang anakku perolehi. cuma, anakku belum pandai nak menghargai...nak juga kat mommy sorang, sedangkan mereka semua asyik nak mengendongmu. jual mahal la pula ehh...hadeii...

oklah...setakat ni dulu sayang. mommy kat bilik atas, memperhalusi kerja mommy. nannymu pun dah datang dari kampung. mudah sikit pergerakan mommy. wish mommy all the best, ok sayang?!

cepat sembuh ya..another 2 days...kita akan jumpa daddymu.

loves
mommy.