Wednesday, November 23, 2011

10month gurl

pada 21112011, anak aku telah mencapai usia 10 bulan. cepatnya masa berlalu. pada ketika ini dia mempunyai 3 batang gigi. dua di bawah dan satu di atas. satu lagi akan tumbuh tidak lama lagi kerana sudah kelihatan gusinya menunjukkan ada sebatang lagi bersedia untuk menampakkan diri. heee...setelah bergigi ni, anak aku sering menggigit pacifier mommy ketika menyusu. mungkin geram coz air susu dah semakin kurang kot. plus, sekarang dia sudah 80% sehari menyusu botol. cuma waktu malam jer menyusu badan.

Banyak kaletah atau skill baru yang ditonjolkan oleh si kecik mommy. antaranya ialah :
1. mengundur ke belakang (secara merangkak)...which mommy katakan sebagai 'pergerakan udang'. manakala daddy pula panggil skill ni 'breakdance-moon walk' ala-ala mendiang micheal jackson gitu. bila melihat we all gelakkan dia, terus dia berhenti dan gelak sama. funny you.

2. bermain u'ak (seek and hide) tapi kat dalam blanket jer. dulu, mommy yang selalu buat kat dia. sekarang dia pandai buat sendiri. tengah malam pun pandai tarik blanket dan 'u'ak' sendiri-sendiri. kesian, mommy dan daddy tak layan. ishh..tengah-tengah malam pun active budak ni walaupun sebelum tu dah tido nyenyak. battery full kot.

3. nak masuk besen mandi, dah pandai tarik pampers dia. tau sebentar lagi bakal masuk dalam tab mandi dia.  sukanya dia mandi. paling tak syiok, time nak pakaikan dia pampers dan seluar. memang berpulas badan dia. skill bertambah liar berbanding bulan-bulan sebelumnya. daddy tak lepas bab nih...terpaksa main kasar untuk pakaikan baby mommy pampers. heee

4.  suka makan. apa saja yang mommy makan, dia nak gak makan. so mommy kasi jer lah. tapi..makan nasi tak nak pula. badan maintain slim gitu.

5. sudah pandai nak ikut daddy dan mommy turun keje. pasti akan menangis syahdu. mommy sebenarnya tak sampai hati dengar tangisan si kecik. tapi bila memikirkan akibatnya kalau membawa si kecik bersama, sudah pasti keje mommy tak akan siap. saling ganggu-mengganggu. ketahuilah ketika mommy buat keje, memang mommy asyik teringat-ingat kan si kecik.

6. pandai meniru bunyi lidah 'cek..cek..cek..' bising bila bermain lidah dia. seronok si kecik mendengar suara yang terkeluar dari mulutnya.

7. apa bila mendengar music, mula goyangkan badan. kepala pun bergoyang dengan longlainya. cehhh..pandai bikin cute owh ko, sayang. bikin mommy geram gitu.

8. sudah pandai bertepuk tangan. cute tangan kecik yang bertepuk-tepukan gitu.

9. turun naik katil sudah menjadi perkara biasa. cuma skill bertambah hebat iaitu kelajuan meningkat. betul-betul macam pergerakan ketam. 

10. paling penting, masuk usia 10 bulan anakku sudah pandai nak berdiri tanpa memaut sebarang benda. cuma nak balancing badan tu belum pandai lagi.  berdiri setakat dua tiga minit. bila dah berdiri terus minta puji. haha...mulalah nak goyang-goyang badan dan angkat tangan ala-ala menari gitu.

hurmmm...banyak lagi. tunggu lah. mommy akan mention dalam post seterusnya. now mommy kat office buat thesis mommy. tadi mommy turun rumah, menangis plak. kesian mommy tengok. know what dear, mommy miss and loves you so much.

loves,
mommy&daddy

No comments:

Post a Comment