Wednesday, September 14, 2011

World ChampionShip Marching Show Band 2011

Buat tatapan si kecik... 
Kejadian berlaku pada 30 Julai 2011 di stadium Bola Sepak, selangor. Hurmm...waktu ini anakku berusia 6 bulan. hamboiii...kecik-kecik lagi ko dah pegi stadium ek?? well, sebenarnya datukmu iaitu adik kepada ayah mommy yang sponsor. ingatkan murah...sekali masuk rm100. perghhh....terlanjur dah pegi, datuk Marcus sponsor lah. Ingat tak nak masuk dah..dulu marching band ni di buat di dataran merdeka. tak berbayar pun. tu yang mommy ingat free...so sorry to Uncle Marc coz tak pasal-pasal menyusahkan beliau pulak. huhu...

anak aku yang tertido pada awalnya, terjaga dek gamatnya pukulan gendang dan segala macam jenis music dan pergerakan di atas padang. Sebelum pegi ke stadium, kami telah ke Mid-valley untuk bertemu dengan mommy's uncle. haiya..hari tu balik miri, beliau tak boleh dijumpai. sangat sibuk dengan tugasan. alih-alih kat KL boleh jumpa,kan?? aiseyyyman...






Anak aku siap kena kacau lagi oleh penonton kat belakang ni ha...siap kena ambik gambar lagi. mengalahkan artis gitu..hissiii....sampai kat umah, semua terbongkang kepenatan. Kita balik sebelum juara diumumkan. tapi rasanya sekolah dari kedah tu yang akan menang...apa tah nama sekolahnya. Yelah..siap ada gendang 7 musim lagi. peralatan lengkap gitu......

~~Mode  :  dokumentasi buat si kecik~~


No comments:

Post a Comment